
Semasa melawat BukitTinggi saya sempat singgah dirumah Allahyarham Prof.HAMKA.Kalau tak silap Kg.Malinjau.Cantik pemandangannya.
Beliau merupakan ulama unggul sekitar 60-70an dan saya pernah melihat beliau didalam tv1 rtm kalau tak silap awal 1969 atau sekitar 1970.Saya sungguh kagum dengan beliau dan saya semasa itu tertarik dengan kata-kata beliau sebagai pemikir Islam dan mengamalkan dakwah yang pada masa itu umat Isalam ketandusan.Diantara tulisan beliau yang masih saya ingat ketika ini ialah berkaitan buku berjudul Tasauf Moderen tau tasauf moden.
Gambar ini semasa saay melawat rumah kelahiran Prof.DrHamka.
Semasa lawatan diberi penerangan oleh anak saudaranya..Katanya...Kenakalan itu membuat beliau menjadai berani.Sebab itu beliau dipenjarakan semasa pemerintahan Soekarno.
Rupa-rupanya beliau anak orang alim.Kedua ibu bapanya merupakan guru ugama dan ulama dikampung beliau.
Nanti saya akan ambil beberapa catitan di dalam buku beliau.
No comments:
Post a Comment